MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Monday, May 16, 2005
Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru.

Hari Guru amat bermakna kepada diri aku kerana dua perkara. Pertama, kerana aku pernah menyambutnya pada suatu masa dahulu. Yang kedua kerana pada tarikh keramat inilah bapak aku menghembuskan nafas terakhirnya di sisi aku, pada tahun 2000.

Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini. Sebenarnya tiga. Pertama aku tidak dapat mencapai cita-cita aku sebagai guru, cita-cita orang tua aku juga sebenarnya. Yang kedua, aku tidak berkesempatan membawa bapak aku menaiki kereta yang aku pandu sendiri. Di kalangan kawan-kawan, akulah yang rasanya paling lewat memiliki lesen memandu. Kalau tidak salah aku mendapat lesen B2 dan D pada usia 21 tahun, sedangkan kawan-kawan aku rata-rata sudah berlesen semasa di tingkatan empat lagi. Arwah bapak banyak memberi sokongan moral kepada aku. Emak lain, emak suka merendah-rendahkan impian aku. Mak cakap buat apa ambil lesen kereta motor sedangkan aku belum ada kenderaan terbabit, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah". Semua benda tak boleh. Tapi sekarang kalau aku tidak bawa emak jalan-jalan barang sebulan-dua, emak akan suruh adik sms atau telefon aku, emak kesunyian, tolong bawa ke mana saja..

Masuk trek semula, cerita pasal guru.

Aku pasti setiap orang ada pengalaman mereka sendiri dengan guru (atau guru-guru) pada masa zaman persekolahan dahulu. Aku mengingati guru-guru kerana nama unik mereka seperti Cikgu Sultan dan Cikgu Raja, nasib baik tiada nama Dayang dan Gundik hahahaha. Kerana kegarangan mereka seperti Cikgu Jamal, aku pernah menikmati penampar Jepunnya dan juga libasan jangkalukisnya. Cikgu perempuan yang aku lupa nama, jemur aku hampir 2 jam. Cikgu Tahiron yang menakutkan, kerananya aku sanggup tidak tidur untuk menghafal sifir, hasilnya aku hanya hafal sifir 5, 10 dan lapan sahaja. Dan cikgu paling best Cikgu Suhaimi sebab beliau garang bertempat dan setiap masa buat lawak. Cikgu tidak jahat, yang jahat aku. Padan muka degil sangat. Kalau dulu belajar rajin-rajin boleh pergi oversea, sekarang mungkin aku dah jadi jurutera.

Dahulu ada pelajar tingkatan 2 bernama Farouk (bukan nama sebenar). Suatu hari sekolahnya menganjurkan Majlis Isra' Mikraj. Kelasnya dibuka dan bersambung dengan kelas lain menjadi dewan. Meja dan kerusi di susun. Meja-meja jadi pentas. Kerusi di susun rapat-rapat dan ada tiga laluan iaitu di tengah kiri dan kanan. Untuk pelajar keluar masuk dewan. Majlis bermula. Ramai pelajar masuk ke dewan. Farouk cuba mencelah di laluan kiri. Memasukkan badan secara sisi di laluan yang agak sempit. Tiba-tiba bajunya tersangkut pada tingkap dan koyak sedikit.

Kusyuk mendengar ceramah. Farouk terasa bajunya di tarik di belakang. Dia toleh nampak Saiful sengeh-sengeh. Saiful koyak rabak dan besarkan koyakan pada baju Farouk. Farouk tidak berbuat apa-apa dan tidak memukul Saiful, kerana jika Saiful tidak pukul dia pun sudah cukup baik. Saiful orangnya samseng, dia pernah pukul anak Cina. Lepas itu anak Cina balas dendam dan pecahkan dahinya. Dahi Saiful ada parut tiga jahitan. Itulah Saiful dia buat apa dia rasa nak buat. Pagi itu Saiful rasa nak koyakkan baju Farouk, jadi dia pun koyakkanlah. Farouk pula budak penakut.

Hari-hari berikutnya Farouk pakai baju bertampal ke sekolah. Kawan-kawan dan lawan-lawan mulut laser menegur bajunya. Dia buat tidak kisah. Suatu masa di surau Ustaz Samsudin tegur baju Farouk yang bertampal sebesar gambar 8R. Emak Farouk yang tampal. Malu memang malu, tapi orang miskin tidak ada masa untuk malu. Ustaz Samsudin tanya Farouk itu ini. Farouk jawab, bapanya kerja ambil upah mengopek kelapa, sebiji 3 sen, pendapatan tidak menentu. Farouk cakap adiknya ada tiga, semua dalam sekolah rendah, emak tidak bekerja. Kakak kerja cikgu, dah kawin ikut suami ke Petaling Jaya.

Esoknya semasa sessi sekolah berlangsung Ustaz Samsudin dan Cikgu Zailani mengajak Farouk keluar naik kereta Cikgu Zailani. Rupa-rupanya pergi shopping di Kedai Kian Ghuan, beli baju baru. Farouk rasa terkejut bila masuk kedai. Sudah lama tidak beli baju baru. Baju sekolah Farouk ialah yang dikutip dari plastik sampah yang orang buang. Orang yang nak buang baju tu bukan orang lain. Emak tebalkan muka mintak untuk 'buat kain buruk. Tidak koyak cuma agak kusam. Sebab itu mudah koyak bila tersangkut tingkap. Farouk dapat sepasang baju baru. Terima kasih ustaz, terima kasih cikgu!

Adik-beradik Farouk tidaklah pandai sangat persekolahannya. Tapi guru-guru prihatin, boleh dikatakan semua adik-beradik Farouk pernah mendapat bantuan sekolah atau guru-guru. Dapat beg, alat tulis dan buku tulis. Farouk pernah dapat biasiswa. Ringan sikit tanggungan bapa. Emak dengan bapak suka kalau anak-anaknya jadi cikgu. Kerja cikgu ni kerja mulia. Cikgu adalah malaikat. Pendek kata guru-guru amat prihatin masalah pelajar yang miskin.

Lama-lama ekonomi bapak Farouk jadi baik. Tauke-tauke Cina kebun kelapa percaya dia, upah bapaknya tebas rumput, meracun, browning kelapa sawit, kait kelapa sawit, membaja dan lain-lain. Ada lebih kurang 60 ekar kebun di bawah jagaan bapak. Jadinya bapak boleh pusing bergilir-gilir ke setiap kebun, dalam sebulan tidak ada cutinya bagi bapaknya. Tidak kaya tapi cukup untuk menyekolahkan Farouk dan tiga adiknya sampai SPM, STPM dan diploma. Cuma untuk Ijazah Farouk pakai duit titik peluhnya sendiri, sebab dia bekerja sambil belajar.

Dari darjah 2 sampai tingkatan enam atas, Farouk setiap petang balik sekolah tolong bapaknya kerja kebun. Cari duit sekolah. Kawan-kawan seronok pergi padang main bola, Farouk berjuang dengan parang dan sabit kelapa sawit. Lama-lama Frouk jadi kaki bangku.

Tiba-tiba penulis tamatkan kisah Farouk sampai di sini saja. Noktah.

Nota 1 : Bapak Farouk kemalangan motorsikal kemudian di masukkan ke hospital, tidak lama kemudian dibenarkan pulang. Tetapi malangnya semasa anak-anak sibuk mengemaskan beg pakaiannya tiba-tiba beliau sesak nafas lalu meninggal.

Nota 2 : Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini. Sebenarnya tiga. Ke-3 awek kesayangan mengirim surat putus setelah beliau bakal menjadi cikgu. Dulu dia yang berikan aku harapan, berkepit dalam perpustakaan bincang pasal STPM dan masa depan. Last-last dia STPM principal 5, aku bungkus. Dia kawin dengan orang lain. Sejak itu aku benci cikgu perempuan. Hipokrit, eksen dan ego.

Nota 3 : Nama sebenar Farouk ialah Basri Nor Mohd.

Nota 4 : Sekian terima kasih.

Semoga Farouk tidak lupa jasa ibubapanya, jasa guru-gurunya. Semoga dia tidak lupa diri.

Posted at 11:02 am by dugongsenyum

Name
May 16, 2006   08:50 AM PDT
 
Masa aku jadi Guru Ganti dulu. Pada hari guru aku dapat banyak hadiah sabun mandi. Mentang-mentanglah aku bujang, dalam maknanya sabun tu.
sepol
February 16, 2006   10:58 AM PST
 
aku setuju dgn ko farouk, cekgu perempuan mmg seperti yang engkau katekan wlupon x sume tp hakikatnye mmg itulah... ko buat aku terkenang jugak farouk calar dlm hati aku cesssssss cekgu perempuan yg mcm &^**)((*_)&^
amar_kun
January 9, 2006   07:22 AM PST
 
salam..

bertabahlah farouk.. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. bertabahlah..
sokai
January 6, 2006   02:56 PM PST
 
tahniah, jika boleh bykkan lagi entry seperti ini. Kadang-kadang ia amat diperlukan untuk memperlembutkan hati yang keras.
sokai
January 6, 2006   02:52 PM PST
 
paparan menarik sehingga berjaya membuat juri menangis teresak-esak
wEa
January 4, 2006   07:45 PM PST
 
tahniahh ....
bean
January 4, 2006   11:16 AM PST
 
dan juga tahniah kerana catatan ini berjaya menyentuh emosi para juri :)
Dzue
May 28, 2005   07:56 PM PDT
 
Kandou shita...arigato gozaimasu
manmoncang
May 24, 2005   10:57 PM PDT
 
farouk hebat. walaupun dia miskin dia berjiwa kental. walaupun miskin, dia dapat ngorat awek. awek tinggalkan dia bukan sbb dia miskin. jadi kesimpulannya farouk hebat. dan kehebatannya makin terserlah bila usia makin tua. dan keserlahannya makin mantap bila dia join geng jurnal.

gila mantap hebat farouk ni. tahniah.

p/s aku puji ikhlas
MBA
May 20, 2005   03:21 PM PDT
 
sedihlah dgn cerita faruk tu...
cempakabiru
May 18, 2005   07:24 PM PDT
 
nikmatnya lahir menjadi anak paklong kassim and maklong yah...betapa ada insan lain yg perih laluan hidupnya.
abg basri, ko bg hana 1 spirit utk lalui hidup ini yg tak tau bila nk berhenti.
anisism
May 18, 2005   09:53 AM PDT
 
well done basri. susah2 dulu, senang2 kemudian. tak apa, Tuhan tu kan Maha Adil? Tak ada kurangnya kesusahan di mata Dia. ada laa tu tersembunyi kat mana2 nikmatnya nanti. insyaAllah. stay strong!
Aan
May 18, 2005   08:52 AM PDT
 
Sedihnya..

Dah ada gfren skrg Basri? ;)
Mat
May 17, 2005   11:50 PM PDT
 
org kaya diuji dengan harta benda, org susah diuji dengan kemiskinan..tahniah bro. basri kerana kau berjaya melepasinya :D

org kita skrg, ada yg sampai tukar agama krn trhutang budi dgn bantuan dr missionari2..

thanx bro basri..cerita ni benar2 menyedarkan yg selama ni Mat trlalu memandang ke atas, sampai trlupa mereka di bawah sana :)
spyz
May 17, 2005   07:03 PM PDT
 
kekadang aku terfikir, mampukah kita menjadikan anak kita setabah kita.. depa hidup dah zaman senang.. semua mintak dapat.. hmmm..
bean-seng
May 17, 2005   06:13 PM PDT
 
trying to indulge this story of urs..so dat i'd realize how lucky i am

huh..keras ati batu kot? tanda satu nikmat ditarik-Nya

love it v.much

tq basrie eh farouk eh dugong eh etc ;)
Radengaloh
May 17, 2005   03:30 PM PDT
 
Kau...siapapun.. tak kira Basri atau Farouk adalah dugongayusenyum...sesungguhnya!

onebreastbouncing.blogspot.com
samurai
May 17, 2005   10:14 AM PDT
 
hatiku rase sungguh tersentuh.

bertabahlah encik basri.
e1
May 17, 2005   02:26 AM PDT
 
hilang mengantuk sat aku baca cerita ketua mak itam ni.. mantap2.. tapi jemur 2 jam talak hal.. pernah dengar suruh melepak kat basketball punyer court waktu kelas sessi petang... selama 4 jam. satu kelas jadi hitam.. muahahaha.

tapi itu pengetua dapat jugak balasan... maki hamum dari guru kelas yang sayang kami.. yeahh. GURU CINA SAYANG MELAYU.. tu pasal aku suka ah moi.. hehehehe
arcahijau
May 16, 2005   06:44 PM PDT
 
dulu basri ingat dialah budak yang paling susah, basri rasa hidup dia tak macam budak-budak lain, masa budak lain main bola, dia dekat kebun, siram sayur, punggah pisang, kutip sekerap, bila basri baca cerita farouk, basri rasa sebak, basri sentiasa ada baju sekolah baru, walaupun baju sekolah basri adalah baju raya.

mintak maaf mak, abah, dulu basri asik rasa nak lari dari rumah bila tak dapat main bola dengan kawan.

basri bukan farouk, basri adalah aku...
MAT JAN
May 16, 2005   05:01 PM PDT
 
kadang-kadang aku rasa life aku yang paling suck. aku tidak ceritanya dalam blog, aku cerita yang happy-happy saja. aku luahkan rasa down aku pada teman-teman tertentu. bila mendengar cerita mereka pulak, buat aku rasa hidup aku sangat bertuah. at least aku tak berasal dari keluarga miskin. bapak aku keje gomen tetap dan berpencen. membaca kisah farouk ini buat aku rasa bersyukur. bersyukur tidak diuji sedemikian berat. farouk sememangnya berjiwa kental dapat menghadapi semua ini, berjaya menjadi orang. terima kasih farouk kerana berkongsi cerita.
ND
May 16, 2005   04:54 PM PDT
 
Sedih aku baca ni. Pape hal pun, sejarah telah menjadikan ko ape yg ko jadi skang ni. Kau adalah Farouk yg best! Farouk yg direspek oleh semua org. Kekayaan memana pun takkan dpt beli respect. Itu yg ko ade. Teruskan! Kau berikan aku satu semangat hari ni. Terima kasih!
salina
May 16, 2005   04:50 PM PDT
 
Aku tetap respek Farouk walau apa pun sejarahnya.
de5lin
May 16, 2005   03:15 PM PDT
 
dulu farouk dapat baju
sekarang farouk yang jadik ketua Mak itam pulak bagi baju pada orang lain (mangsa tsunami)
Op
May 16, 2005   12:49 PM PDT
 
sedih baca kisah encik basri ni. moga2 jadi pengajaran buat diri sendiri dan orang lain.
banai@porn
May 16, 2005   11:15 AM PDT
 
tahnaih kerana farouk tak menjadi ketua GAGAK ITAM.. cuma jadik ketua MAK ITAM.. hihihi

ada org kembali semangat baca entry ko nih encik basri.. :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry