MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, June 23, 2005
Sedapnya Siakap Stim Restoran Chiengmai.


Menu ini sungguh lazat dan menyelerakan! Kalau setiap minggu makan hidangan ini pun tidak akan menjemukan saya. Isi daging ikan siakap yang putih gebu itu pasti merangsang nafsu sesiapa pun untuk menjamahnya, lebih-lebih lagi ketika masih panas. Saya gemar meratahnya, ikan yang lembut beraroma semulajadi seperti halia, serai, asam dan lain-lain sungguh mengasyikkan. Ikannya segar sungguh manis rasanya. Kuahnya pula kalau dihirup amat lazat! Masam manis pedas-pedas sedap bersatu, laju saja menceduk lepas sesudu demi sesudu hingga ke titisan kuah yang terakhir, kering ke dasar mangkuk. Saya memang gemar makanan segar dan lazat serta menyihatkan seperti ini.

Restoran Chieang, terletak di kawasan perkampungan yang aman damai. Lokasinya yang strategik ini pastilah mengundang ramai pelanggan, terutama pada malam minggu. Istimewa restoran ini menyediakan pelbagai menu Thai dan tempatan seperti Tom Yam, Ayam Pandan, Hor Thalae, Sup Ekor, pelbagai jenis nasi goreng, mee, mee hoon dan minuman panas serta sejuk serta jus buah-buahan. Para chef mantap memasak, dan pekerjanya pula cekap mengambil pesanan hidangan. Selain itu layanan mesra para pekerja di restoran ini pasti menarik hati kita untuk datang lagi. Tambahan kebersihan dan dekorasi restoran yang cantik serta berhawa dingin. Pendek kata, hidangan lazat jadi ingatan, layanan baik jadi pujian.

Marilah datang cuba sendiri. Restoran Chiengmai Thai Seafood, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Tel:03-61401870 Fax:03-61402953.


Ini adalah cebisan kenangan..


Sembang pasal makan.

Posted at 12:14 pm by dugongsenyum

Fahmi
July 28, 2009   01:18 AM PDT
 
saya anak owner rest. ni

akutakretickpomputeh :

sila telefon saya di 0173772137 jika anda tidak merasa puas hati . terima kasih!
ryss
June 29, 2005   04:59 PM PDT
 
ryss so far selalu makan kat situ...

onwer dia memang orang Thailand tapi rasanya dia Islam... Nama Anita kalau ryss tak silap... Uncle ryss baik ngan onwer Chiengmai nie... Bila baca comment kat sini ryss try to ask my uncle... dia bg tau onwer muslim... Rasanya tak der apa nak di ragukan... ryss pernah gak masuk sampai kat dapur... even ke dalam rumah owner sekali... tak der apa nak diragukan...
basri
June 27, 2005   01:10 PM PDT
 
Lagi satu, puluhan kawan aku yg orang sg buloh (tempatan) makan kat situ.

malah dorang lah yang perkenalkan aku restoran ni, termasuk para ustaz, ustazah, guru2 dan orang kebanyakan, walllaaa..
basri
June 27, 2005   01:08 PM PDT
 
AKUTAKRETI : Nanti bila senang-senang aku akan buat temuramah dengan owner + tukang masak terbabit. Buat apa dengar cakap orang, ntah2 dengki hasat pasal bisnes dia maju.

Banyak lagi kat Malaysia yg restoran bukan owner melayu macam McD, jelas yahudinya.

Apa pun, terima kasih atas nasihat tersebut, ada senang saya nak pi siasat.
akutakretickpomputeh
June 24, 2005   03:33 PM PDT
 
hmmm...

sebenarnya kita ni tak digalakkan sangat makan kat situ, penduduk sg buloh sebenarnya mana ada makan kat situ...

bukan muslim, owner + cook.

dengar cerita macam2...

dengar cerita makan kat situ memang lazat, tapi bila dibawak balik hampeh ....kenapa tak tau ler
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry